Sunday, February 3, 2008

Suka atau Cinta?

Cinta itu kompleks.

Ya, sangat kompleks.
Bukan kompleks sukan ya adik-adik!

Suka itu biasa.
Biasa itu maknanya selalu.

Kalau enta bersama dengan orang yang enta cinta, enta akan lebih berhati-hati. Tidak mahu melukakan hati seseorang itu. Tidak mahu keburukan enta dilihat seseorang itu. Mahu dilihat yang baik-baik sahaja. Setuju?

Kalau enta bersama dengan orang yang enta suka pula, enta tidak akan merasa seperti bersama insan yang enta cinta. Kentut pun, kentutlah. Gelak hilai macam pontianak pun, hilailah. Kalau nak buat jahat pun, siap jadi partner-in-crime lagi.

Ku ada satu soalan.Enta cinta, atau sukakan Tuhan? Suka atau cinta?

Tidak malukah berbuat jahat? Tidak malukah menzalimi orang lain? Tidak malukah berbuat begitu di hadapan Tuhan?

No comments:

Post a Comment