Tuesday, March 25, 2008

Cheney: Hamas Perlu Melepaskan Kekuasaannya di Gaza.

Selasa, 25/03/08 -
Wakil Presiden Amerika Syarikat, Dick Cheney menyatakan sebarang perdamaian antara Abbas dan Gerakan Pejuang Islam Hamas harus dengan syarat Hamas melepaskan kekuasaannya di Semenanjung Gaza. Hal tersebut dinyatakan Cheney
menjelang pertemuannya dengan Presiden Palestin Mahmud Abbas, Isnin (24/03).

Cheney mengatakan kepada wartawan ketika mengakhiri kunjungannya ke Israel dan
Tebing Barat , “Kami mencari pelbagai cara berdasarkan kajian dalam usaha
mendorong perdamaian antara Fatah (yang dipimpin Abbas) dengan Hamas.”

Cheney mengatakan, “Kami simpulkan dari pembahasan ini bahawa pimpinan (pihak
Autoriti Palestin) mengenakan syarat-syarat yang sewajarnya dipenuhi untuk kesepakatan berdamai, pertamanya adalah mengembalikan sepenuhnya kawalan Hamas di Semenanjung Gaza kepada pihak Autoriti Palestin.’


Caknakah enta?

Sumbernya di sini , sini dan sini .

Monday, February 25, 2008

Dual Core!

Entry ini tiada kena mengena dengan tajuk. Sekian.

Ku hanya ingin berkongsi dengan enta, sebuah lagu.

Lagu ini adalah song-of-the-week! Woohoo!

Mungkin akan menjadi song-of-the-month. Very inspiring.
Terima kasih Shoutul Harokah!

Barulah bersemangat nak belajar ni!

Bingkai Kehidupan
Album : Tak Kenal Henti !!!
Munsyid : Shoutul Harokah

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alquran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi!

Monday, February 18, 2008

T_T

Homeworks

gila banyak!

Tuhan, ringankan bebanku.

Sunday, February 3, 2008

Suka atau Cinta?

Cinta itu kompleks.

Ya, sangat kompleks.
Bukan kompleks sukan ya adik-adik!

Suka itu biasa.
Biasa itu maknanya selalu.

Kalau enta bersama dengan orang yang enta cinta, enta akan lebih berhati-hati. Tidak mahu melukakan hati seseorang itu. Tidak mahu keburukan enta dilihat seseorang itu. Mahu dilihat yang baik-baik sahaja. Setuju?

Kalau enta bersama dengan orang yang enta suka pula, enta tidak akan merasa seperti bersama insan yang enta cinta. Kentut pun, kentutlah. Gelak hilai macam pontianak pun, hilailah. Kalau nak buat jahat pun, siap jadi partner-in-crime lagi.

Ku ada satu soalan.Enta cinta, atau sukakan Tuhan? Suka atau cinta?

Tidak malukah berbuat jahat? Tidak malukah menzalimi orang lain? Tidak malukah berbuat begitu di hadapan Tuhan?

Thursday, January 24, 2008

Duhai jiwa-jiwa yang bersih, menangislah kamu!

“Hai Muslim, hai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku, kemari, bunuhlah dia,” kecuali Ghorqod sebab ia sungguh pohon kaum Yahudi.” (HR Muslim 5203)

Saturday, January 19, 2008

Hari ini


aku...



...sedih

Tuesday, January 8, 2008

Bual bersama Cik Manggis


Assalamualaikum

Waalaikumsalam

Errr, Cik Manggis sibuk ke? Boleh saya interview cik?

Saya bukan cik! Panggil I doktor. Dr. Manggis...

Doktor.. Boleh saya interview doktor?

Boleh, boleh! Ni masuk paper ke tv ni?

Saya runcit-runcit ja ni. Ini soalan pertama ya. Errr, betul ke orang kata doktor ni penyebab batuk?

Itu semua fitnah! Kalian punya antibodi yang tak kuat. Padan muka. Ni masuk paper ke tv ni?

Saya runcit-runcit ja ni. Apa yang menyebabkan batuk ni sebenarnya ya doc?

Penyakit batuk itu sendiri yang menyebabkan batuk. Kalau tidak berpenyakit, tak lah batuk! Ni masuk paper ke tv ni?

Errr, saya ada on-call ni. ( Sambil pura-pura menjawab telefon) Nanti saya datang lagi ya.

Ni masuk paper ke tv ni? Hey Hey! Jangan pergi lagi!!! Ni masuk paper ke tv ni?!!!